Jadi apa hikmahnya Allah menggerakkan minda kita untuk berimiginasi kotor?
Pertama kita kena faham bahawa setiap sesuatu itu di gerakkan atas izin Allah Taala. Maknanya imiginasi dalam minda kita itu telah mendapat izin untuk paparan pada diri kita. Mereka yang di gerakkan dengan minda kotor adalah dari Allah.
Untuk apa? Adalah untuk memberitahu pada kita bahawa makhluk dan Tuhan sentiasa berhubung.
Cara untuk Allah menarik perhatian hambaNya adalah dengan peringatan demi peringatan. Ini mengikut tahap seseorang manusia itu sendiri. Bagi mereka yang gemar berimiginasi kotor ketahuilah bahawa itu adalah ISYARAT dari Allah untuk kita cepat-cepat ingat pada Allah. Hati yang kotor itu amat payah untuk menagkap sesuatu yang bersifat suci/bersih. Tetapi sekiranya sesuatu yang kotor itu amat mudah di tempatkan pada tempat yang kotor.
Jadi kita harus ingat bahawa setiap gambaran minda kotor itu adalah bertujuan untuk kita mengingati Allah Taala. Bila datang sahaja gambaran kotor itu wajib kita ketahui bahawa Isyarat / Signal / Alert / Amaran telah di nyalakan oleh Allah untuk kita ingat akan Tuhan, ingat akan Azab Tuhan.
Apa tujuannya?
Tidak lain tidak bukan adalah untuk diri kita sendiri dan juga panduan kita sendiri untuk mengetahui bahawa isyarat yang datang itu adalah satu-satunya isyarat yang kita kena turut.
Apa yang nak di turut itu?
Iaitu ingat akan Azab Allah sekiranya kita tidak mengindahkan ISYARAT itu tadi. Cara terbaik adalah beristighfar.
Sebab tu kita ini di jadikan Khalifah bukan sahaja untuk bumi ini tapi yang terpaling penting adalah untuk diri kita sendiri. Kita mentadbir diri kita sendiri dengan panduan Isyarat-isyarat ini tadi dengan merujuk pada Alquran dan sunnah.
Jadi selepas ini sekiranya datang gambaran minda kotor / atau apa sahaja yang melibatkan kerosakan pada minda / akal fikiran automatik kita tahu Isyarat / Signal / Alert / Amaran dari Allah dah di nyalakan. Jadi tugas kita ialah jadikan diri kita Khalifah untuk mentadbir dan mencorakkan signal itu tadi untuk manfaat diri sendiri. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi Khalifah.
Friday, July 31, 2009
Sambungan2 - bila Angelina Jolie dan Brad Pit berbogel...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment