Thursday, July 30, 2009

Bila Angelina Jolie dan Brad Pitt berbogel..

Apabila Angelina Jolie datang dengan keadaan tanpa seurat benang di badan pasti gambaran yang mengasyikkan bermain di minda kita. Berbagai illusi dan fantasi kita gambarkan bersama Angelina Jolie. Apa kah sebenarnya yang berlaku?

Yang mendatangkan setiap illusi itu hakikatnya hanyalah dari Allah Taala. Di datangkan pada setiap hawa nafsu yang kotor, untuk apa semua itu?

Mari kita fikir-fikir kan bersama-sama.

"Tidak bergerak sebesar zarah melainkan dengan izin-Nya."


Memberitahu pada kita bahawa setiap pergerakan sama ada zahir atau batin, di langit atau di bumi dan juga di antaranya melainkan di gerakkan oleh ALlah Taala Zat yang Maha Agung.

Apa bila setiap sesuatu itu di gerakkan oleh Yang Maha Mengetahui pasti ada sesuatu yang nak di sampaikan (hikmah) kepada yang menerimanya (makhluk).

Kenapa gambaran demi gambaran hadir dalam minda kita? Adakah ianya kebetulan atau satu-satu yang tiada apa-apa makna pada setiap kejadian? Jika ini jawapan kita maka bersalahan lah dengan firman di atas.

setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Aku cuma ingin berkongsi dengan member-member aku yang sudi membaca di blog ini akan apa sebenarnya yang berlaku. Terutama pada mereka yang selalu berimiginasi secara kotor.

Apabila Nafsu kita di gerakkan untuk berimiginasi ketahuilah secara automatiknya (hakikatnya) minda kita di gerakkan oleh ALlah Taala. Apakah bentuk imiginasi yang di datangkan? Ini bergantung kepada Suasana Hati itu sendiri. Apabila Hati yang kotor maka gambaran yang di paparkan juga ada berbentuk "kotor". Apa bila hati itu bersih maka bersihlah gambarannya.

Rasulullah saw bersabda:


“Allah lebih sayang kepada hambaNya daripada sayang ibu itu kepada anaknya!”


Kalau kita teliti ayat di atas bahawa Rasulullah sendiri telah mengaku bahawa Dia (Allah) sayangkan pada hambanya (makhluk) lebih seperti mana mak bapa itu sayangkan anaknya..maknanya kalau ibu bapa itu betul-betul sayang akan anaknya dan selalu ambil berat akan hal anak nya seperti menjaga makan, minum, dan dari setiap kesusahan takkan Allah nak membiarkan hambanya dalam kesesatan yang terus menerus. Takkan ALlah nak membiarkan hambanya berapa dalam kegelapan. Adakah Rasulullah bercakap bohong berdasarkan hadis di atas?

Jadi apa hikmahnya ALlah menggerakkan minda kita untuk berimiginasi kotor?

Bersambung...

No comments:

Post a Comment