Friday, February 20, 2009

Antara Mamak dan McD, Yang Mana Pilihan di Hati?



Saya bolehlah dikatakan seperti anak muda lain gemar meluangkan masa bersama rakan-rakan di gerai mamak iaitu dalam erti kata lain melepak walaupun bukanlah menjadi kekerapan. Oleh itu, saya agak "fasih" dengan trend semasa di gerai mamak dari segi harga dan juga kualiti masakan serta servis mereka.

(sumber: http://en.wikipedia.org/)

Namun begitu, baru-baru ini saya keluar untuk makan tengah hari bersama rakan di tempat biasa kami melepak. Saya memilih untuk makan nasi campur (ayam + sayur) manakala rakan saya meminta nasi goreng. Dan seperti yang dijangka gerai mamak turut mengalami "inflasi" dengan harga nasi campur:-

"RM6.00"

Malah saya turut menanyakan tokey gerai tersebut samada beliau tersalah kira. Harga tersebut pada pendapat saya adalah agak tinggi daripada yang sepatutnya sedangkan beberapa bulan yang lalu harganya paling tinggi pun adalah RM5.00. Saya sudah menjangkakan kenaikan harga makanan disebabkan oleh harga petrol dan diesel yang mendadak tetapi harga RM1.00 adalah adalah keterlaluan.

Bukan itu sahaja, malah saya mendapati ada sesetengah restauran yang menaikan harga roti canai dari 70 - 80 sen kepada 90 sen - RM1.00. Ada pula yang menaikkan harga air minuman seperti teh ais kepada RM1.50. Bayangkan jika harga makan tengah hari di gerai mamak mencecah RM7.50, lebih baik saya makan di francais seperti McDonalds ataupun KFC yang harganya lebih kurang sama.

(sumber: http://farm2.static.flickr.com/)

Bukan saya sengaja nak complaint tetapi jika ke McDonalds, kita sudah boleh menganggarkan harga makanan di sana sedangkan di mamak harganya tidak menentu dan bergantung kepada "tukang kira". Saya cukup hairan mengapa pihak berkuasa tidak mengetatkan undang-undang seperti meletakkan harga makanan seperti nasi campur di restauran atau gerai.

Perlukah kedai mamak di letakkan dalam program harga kawalan?.. hehe;p

3 comments: